Saya seorang yang suka berbasikal. Saya akan berbasikal apabila saya berkelapangan. Saya mempunyai lebih kurang 3 buah basikal di rumah saya. Antaranya ialah basikal fixie. Basikal itu berwarna oren/jingga. Saya minat berbasikal kerana saya suka mengambil angin diluar. Saya juga dapat membantu jiran sekawasan mengangkat barang ataupun membuka pagar rumah. Saya juga suka mengayuh kerana ia juga tergolong dalam senaman kaki.
Saya juga suka bermain badminton. Saya bermain badminton di rumah atau di taman. Saya selalu bermain bersama adik atau ayah saya. Alang-alang tengah joging ,apa lagi bawa raket sekali. Setiap seorang di dalam keluarga saya mesti ada 1 raket ,tetapi saya mempunyai 2 raket. Saya minat dalam aktiviti ini kerana saya dapat menguatkan lagi tangan saya. Bermain badminton juga adalah salah satu senaman untuk tangan kita.

Ini adalah hobi saya yang ketiga. Saya juga suka membaca buku. Bagi buku bahasa Inggeris, saya suka membaca buku "DIARY OF A WIMPY KID". Untuk bahasa Malaysia, saya suka membaca buku seperti buku " PENAKLUKAN KOTA KONSTANTINOPEL/ KISAH SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH". Dengan membaca buku, saya dapat menambahkan ilmu dan dapat memantapkan lagi ayat yang akan ditulis. Sebab itulah, saya minat membaca. Bak kata orang " MEMBACA JAMBATAN ILMU".

No comments:
Post a Comment