Monday, September 3, 2018

Ayah Saya

Ini ayah saya. Nama ayah saya ialah Ahmad Hafiz bin HJ Najmuddin. Ayah saya telah dilahirkan pada 2 Mac 1982. Sekarang ayah saya berumur 36 tahun. Ayah saya dilahirkan di Hospital Bersalin. Hobi ayah saya ialah mengembara. Kereta kegemarannya dipanggil " HAMMER CAR "Ayah saya sekolah di Tadika St. Ronan yang terletak di Jalan Ampang semasa umur beliau 6 tahun. Semasa umurnya 7 tahun, beliau bersekolah di Sekolah Rendah Gombak 2. Beliau adalah seorang pemain bola sepak di peringkat sekolah. Setelah 6 tahun bersekolah rendah, ayah saya melanjutkan lagi pelajarannya di Sekolah Menengah Gombak Setia. Semasa di sekolah menengah, ayah saya menjadi seorang ketua di dalam Kelab Sejarah. Beliau juga seorang pemain taekwondo. Sementara menunggu keputusan SPM, ayah saya membuat kerja sambilan menyusun surat di pejabat post. Apabila keputusan SPM telah diketahui, ayah saya melanjutkan pelajarannya ke Kolej Matrikulasi Melaka selama setahun sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia. Kini, ayah saya adalah seorang pengurus di syarikatnya. Ayah saya ingin menjadi seorang ahli politik.

No comments:

Post a Comment

Cita-cita saya.

Cita-cita saya. Cita-cita saya yang pertama ialah ingin menjadi seorang guru. Saya ingin mengajar subjek Matematik. Saya suka mengaja...