Monday, September 3, 2018

Ibu Saya

Ini ibu saya. Ibu saya bernama Zuraida Mohd Darom. Ibu saya telah dilahirkan pada 12 Disember 1982. Ibu saya berumur 36 tahun. Beliau dilahirkan di Hospital bersalin. Hobi ibu saya ialah munyusun bunga. Kereta kegemaran ibu saya ialah " MINI COOPER " Ibu saya bersekolah di Tadika Chong yang terletak di Bangsar ketika umurnya 6 tahun. Semasa umurnya 7 tahun, ibu saya bersekolah di St. Theresa. Ibu saya telah menjadi ketua perpustakaan dan pemain bola jaring semasa di sekolah rendahnya. Setelah 6 tahun bersekolah di sekolah rendah, beliau melanjutkan lagi pelajarannya di Sekolah Menengah Raja Abdullah. Beliau ditugaskan untuk menjadi seorang pengawas,ketua kelab Bahasa Melayu dan ketua kelab kesenian. Sementara menunggu keputusan SPM, ibu saya membantu atuk saya menjual ikan di pasar. Apabila keputusan SPM telah diketahui, ibu saya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka selama setahun sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Pekerjaan pertama beliau ialah assistance di Pasific. Inter-link SDN BHD. Kini ibu saya adalah seorang yang mengurus dewan bagi tujuan majlis kenduri khawin, majlis aqiqah, sambutan hari lahir dan lain-lain. 5 tahun akan datang, beliau ingin menjadi suri rumah.

No comments:

Post a Comment

Cita-cita saya.

Cita-cita saya. Cita-cita saya yang pertama ialah ingin menjadi seorang guru. Saya ingin mengajar subjek Matematik. Saya suka mengaja...